aduhai....
Keluh di hati telah mula berlagu sendu
menyesak dada dan fikiran pun terganggu
aku berharap agar semuanya cepat berlalu
sepantas waktu yang takkan akan menunggu
kerana aku tak sanggup terus diburu
rasa cemas yang melilit membelenggu
damailah hati, rianglah berlagu rindu.
Sungguh aku rasa terseksa
tidak kuluah kupendam saja
mohon padaNya
aku dapat melaksana.
Sungguh badanku berasa lemah
namun semangatku InsyaAllah takkan pernah goyah
pada kemampuan diri yang dianugerah
takkan kupersia segala amanah
takkan sekali kuanggap mudah
akan aku tunaikan walaupun susah
takkan sekali aku menyerah kalah
pada bisikan yang mahu aku mengalah
pada ketentuan yang masih boleh diubah.
Takkan kualpa segala janji
yang sewajibnya perlu ditepati
akan kutunai seperti dijanji
padaMu Tuhan...bantulah hambamu ini.
Tuhan...
turunkanlah rahmatMu
curahkanlah kasih sayangMu
kerana aku teramat perlu
seumur hidupku hingga matiku
berkatilah aku serta keluargaku
kumohon hidayat juga petunjukMu
agar aku tak tersasar di lorong waktu.
Kuatkanlah semangatku
tabahkanlah hatiku
tenteramkanlah jiwaku
damaikanlah fikiranku
agar aku dapat menuju
ke arahMu
ke sisiMu.
Selasa, 19 Januari 2010
Seloka Jiwa
Posted by Julaiha at 8:20 PTG
Labels: Tentang Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 comments:
Catat Ulasan