30 April 2010 tarikh yang pasti akan kulupa akhirnya
cerita yang berlaku adalah sejarah air mata
yang ditumpahkan oleh pelajar lelaki
bukan sekali, tapi berkali-kali.
Bukan bermaksud hendak menyakitkan hati
cuma berniat nak perbetulkan diri
kenapa dirinya begitu berani
masuk ke kelas tanpa janji ditepati.
10 kutanya sifar jawapannya
20 kusoal sepatah jawabnya
sukar benar engkau nak berkata
biar kuberi peluang untuk kau luahkannya.
Pabila kutanya tentang ayahnya
lancar saja mulutnya berkata
kutanya lagi tentang ibunya
mulutnya berkata dan matanya pula berkaca
kubiarkan seketika akhirnya tumpah jua air matanya.
Entah apa yang begitu disedihkan
kutanya masalah di rumahlkah, dia menafikan
kuminta nombor untuk kuhubungi
dia menidakkan, tiada untuk diberi
kumohon alamat, semakin pilu hati..
air matanya tidak tertahan lagi.
Sudahlah anak, sudahlah adik
bukan air mata yang patut kau tumpahkan
tapi keringat dan juga komitmen
agar kau berjaya satu masa nanti
dan kau kan terkenang
siapa aku di hatimu.
Jangan kau benci akan diriku
kerana itu mengurang berkat ilmu
jagalah diri tingkatkan motivasi
kau berusaha, kejayaan milikmu pasti.
Seloka kugubah untuk muhasabah diri
kejam sangatkah aku dalam meladeni
sikap malas dan alasan tak tahu yang kau beri
hingga kumuak, tak tertangguh lagi.
Allah dah pilih kau ke jalan ini
Allah dah pilih kau yang patut di sini
jangan kau menolak takdir Ilahi
pertemuan 8 mata jumaat pagi
satu petunjuk untuk kau dan aku insafi
mana yang salah kita perbetul diri
agar tak kecundang di kemudian hari
agar tiada yang menyesal menangisi.
Ahad, 2 Mei 2010
SELOKA AIR MATA
Posted by Julaiha at 8:47 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
0 comments:
Catat Ulasan