Aku ini hanya menjalankan tugas
yang berat kujunjung
yang ringan kujinjing
tidak sekali aku berpaling
kugalas akur di pundak.
Tugas itu adalah amanah
yang tak mungkin aku ingkari
kerana itu bukan prinsip diri.
Tugas itu satu kepercayaan
yang tak mungkin aku dustai
kerana tak sanggup bergelar munafik.
Tugas itu satu ibadat
bekalan dunia bawa ke akhirat
moga aku sejahtera kelak.
Tak mampu aku berkata tidak
Tak sanggup aku untuk menolak
biar susah biar payah
akan kulaksana segala yang diperintah
mohon padaNya dipermudah segalanya.
Rabu, 18 Ogos 2010
Hanya menjalankan tugas
Posted by Julaiha at 6:22 PTG
Labels: Tentang Aku, Tentang Kejayaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.
1 comments:
Tahniah.. Ju. Keikhlasan hati di dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan itu...hanya Allah yang dapat membalasnya....
Catat Ulasan