BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 6 Disember 2011

ZIKIR MENGAKTIFKAN SARAF OTAK

Zikir dari istilah syaraknya bermaksud perbuatan mengingati Allah SWT dengan menyebut namanya, beristighfar, bertahmid, bertasbih atau bertakbir. Apabila kita berzikir, kita akan mengulangi perkataan yang sama berulang-ulangkali dan ini akan mengaktifkan saraf otak, meningkatkan kecergasannya dan sudah tentu menambah kemampuannya untuk memproses sesuatu maklumat.

Dalam satu kajian saintifik yang dijalankan oleh Universiti Washington terhadap sekumpulan sukarelawan, koresponden dikehendaki membaca senarai perkataan dan mengaitkannya dengan kata kerja yang berkaita. Hasil ujian imbasan PET mendapati bahawa beberapa bahagian berbeza otak mempamer peningkatan aktiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks apabila koresponden kajian ini melakukan tugasan mereka.

Zikirlah setiap kali kita mengingati-Nya, seberapa banyak yang termampu, selama mana yang kita mahu. Biarlah lidah kita basah dengan zikir kepada-Nya atau biarkan hati kita berzikir semahunya sama ada secara sedar atau luar sedar, dalam tidur mahupun dalam mimpi. Seandainya amalan zikir ini dipraktikan dalam kehidupan muslimin muslimat, sudah tentu individu berkenaan malu untuk melakukan kemaksiatan seterusnya terhindar dari melakukan kejahilan.

Bagi individu bergelar pelajar, sekiranya amalan zikir ini dipraktikkan ketika sedang belajar bayangkanlah kehebatan yang mampu dilakukan oleh otaknya. Dalam hatinya berzikir, dalam mindanya berfikir. Ganjaran pahala sedia tercatat dan saraf-saraf pada otaknya juga sudah tentu aktif bekerja. Semoga dengan zikir, hati dan minda kita lebih dekat dengan-Nya. Insyaallah

0 comments:

Dikuasakan oleh Blogger.