BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 9 Ogos 2009

Harga Sebuah Pengalaman

5 Ogos 2009, kali pertama aku mencuba. Aku dijemput untuk memberi ceramah teknik menjawab soalan LK di sebuah sekolah di daerah gemas. Mulanya aku menolak disebabkan komitmen tugas yang pelbagai. Tapi selepas berfikir dalam dua, tiga detik, aku pantas bersetuju.

Bila lagi aku hendak mencuba? Kata nak jadi GURU CEMERLANG? Kalau tiada pertama, bagaimana boleh ada yang seterusnya. Lagipun aku tertarik dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh guru yang lebih muda setahun dua daripada aku itu.
Tahun lepas dengan arahan pengetua dan kesedaran dirinya, dia datang ke sekolah aku untuk belajar LK. Macam pelik dan aku pun terkejut apabila mendapat panggilan daripada Pengetuanya. Macam tak percaya saja. Dia datang juga pada hari yang dijanjikan.

Berbalik kisah ceramah teknik menjawab tadi, pelajarnya cuma 12 orang. Kalau nak dibandingkan pelajarnya dengan pelajar SMKUR, sudah tentu pelajar LK 5 Zuhrah tiada tandingan. Sebabnya, aku telah menyediakan pelajarku dengan segala kemahiran & teknik yang paling berkesan. Walaupun ada dua, tiga orang yang sedikit kelat dan payau tapi aku merasakan yang kelat dan payau itu pun bolehlah tahan berbanding pelajar guru muda itu.

Kecut perut aku sehingga terasa sakit bila melihat cara mereka menjawab soalan. Apakah puncanya? Aku mengaitkan dengan pengalaman.

Guru muda itu baru sahaja mendapat tugas mengajar LK. Tahun-tahun sebelumnya dia mengajar subjek lain. Jadi sudah tentu pengalamannya kurang. Guru muda itu umpama aku pada tahun pertama, kedua, ketiga mengajar LK. Sama. Yang berbeza, dia mungkin lebih rajin dan lebih bersikap terbuka, tidak seperti aku.

Dahulu aku hanya mengambil kesempatan belajar LK apabila ada kursus2 sahaja. Tetapi guru muda ini lebih hebat daripada aku. Tak kisahlah. Usaha masin-masing.
Aku dulu, memang segan nak bertanya. Sebab tu ambil masa nak master topik-topik dalam LK. Setiap tahun kalau ade kursus, aku akan belajar satu topik. Tapi selebihnya banyak yang aku belajar dan fahamkan sendirisehinggalah aku dapat memudahkan teori-teori yang susah.

Namun, dengan berbekal pengalaman 7 tahun mengajar LK bersama ilmu yang kukutip di sana sini, maka dapatlah aku membantu pelajar aku untuk cemerlang dalam subjek ini.
Mujur pelajarnya juga seperti gurunya. Sedar tentang kekurangan diri. Kalau jenis yang sombong, tak dapatlah aku nak tolong. Aku harap guru muda itu mampu membimbing pelajarnya. Walaupun tiada banyak masa lagi, aku yakin dengan teknik & tips yang aku berikan boleh membantu mereka. 3 jam ceramah berlalu terlalu cepat. Ada banyak lagi yang hendak aku kongsikan tapi nak buat macam mana.

Kalaulah sekolah itu dekat dengan SMKUR, tentu aku ajak mereka datang tuisyen kat SMKUR bersama pelajar-pelajarku. Apa pun, GOOD LUCK and ALL THE BEST.

0 comments:

Dikuasakan oleh Blogger.