BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 9 Ogos 2009

Keseronokan Adam vs Kecuakan Adam





8 OGOS 2009. Rancangan untuk membawa Adam jalan-jalan ke PD, akhirnya menjadi juga. Sepatutnya pergi pada sebelah pagi tetapi bila daddynya ada kursus dengan orang IAB terpaksalah ditangguhkan. Daddy Adam balik dalam 2.30 petang. Aku ajak dia pergi selepas Asar dan dia bersetuju.

Kenapa bawa Adam ke PD? Sebab tak tahan tengok dia terbaring meniarap dalam bilik air yang sempit. Ingatkan tentu seronok bila tengok dia main air tapi rupanya tidak.

Adam masih macam kali pertama ke PD. Takut air. Bila ombak nak menghampiri dia, dia pun berlarilah sekuat hati macam kena kejar hantu. Ingatkan nak bagi dia seronok, tapi nampaknya dia lagi seronok bermain pasir dengan kakinya. Mula-mula tu langsung tak nak pijak pasir tapi bila aku dan daddynya berjalan selamba tanpa selipar barulah dia memberanikan diri.

Bila daddynya nak celupkan dia ke dalam air laut tu, meraung-raung dia sambil kaki tangannya menggapai apa sahaja yang tercapai asalkan tak kena air. Mungkin dia memang takut tengok ombak yang meluru ke pantai seolah-olah mengejar dia. Lagipun mungkin juga tiada sesiapa nak menunjukkan pada dia tentang keseronokan bermain di pantai. Maklumlah anak tunggal (setakat ini).

Dalam perjalanan balik, daddynya berhenti di hadapan muzium tentera darat. Ambil gambar dengan kapal terbang. Itupun mulanya dia takut. Bukan main seksa nak ambil gambar. Dia lebih seronok memegang bahagian badan kapal terbang. Itupun mula-mula dengan hujung jari telunjuknya sahaja. Dah lama sikit, baru dia mengusap-usap badan kapal terbang tu.

Adam..., Adam..

Takpelah Adam, lain kali kita jalan-jalan lagi.

0 comments:

Dikuasakan oleh Blogger.