BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 7 November 2009

ERTI PERSAHABATAN

Erti persahabatan tidak pernah lupus, meskipun nilai-nilainya pudar dibawa arus masa. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai saorang sahabat yang memahami kita, sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya, kita tidak memberinya dia peluang untuk menerangkan keadaan. Bagi kita, itu hanya sekadar alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti nanti. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati, kita beri seribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita ttg perasaanya?

Seperti kata, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa, untungnya mempunyai saorang kawan yg sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia, dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kekadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Bolehkan kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita, ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa....bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya, kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan kekalutan, kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungkanlah...............

0 comments:

Dikuasakan oleh Blogger.