BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 7 November 2009

Pelangi

Suatu petang, minda hamba terperangkap,
dalam arus haba aliran besi,
kesesakan lalulintas,
selautan sumpah seranah,
di mana sabar hanya perkataan.

Lalu muncullah ia,
pelangi...,
nan indah lagi berseri,
bertemankan gerimis,
diapit suam cahaya mentari.

Betapa hamba lupa,
kesenangan itu dicelahan kepayahan,
Kesengsaraan itu sementara,
sekuat mana ikatan tali,
kan terlerai jua dengan caranya.

Di suatu petang bertemankan pelangi,
ia mengingatkan hamba,
betapa kita lemah serba serbi,
selayaknya hamba pada yang esa.

Dan hamba percaya,
Manusia itu jika berupaya,
Pelangi itu juga mahu dikurungkannya

0 comments:

Dikuasakan oleh Blogger.