BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 24 Disember 2009

Lukisan Kejuruteraan : Senang tapi mencabar

Syarat-syarat kelayakan untuk mengambil LK sebagai elektif di SMKUR

1. Sekurang-kurangnya B dalam Matematik & Sains (Kalau kurang daripada itu, anda akan mengalami kesukaran untuk mempelajari LK)
2. Minat (ingin belajar, bukan paksaan sesiapa atau sekadar mengikut kawan)
3. Rajin (sebab setiap kali sesi kelas LK, mesti ada rajah untuk dilukis)

Info tentang Lukisan Kejuruteraan
1. Dengan teori yang sedikit, pembelajaran LK menjadi sangat mudah.
2. Tiada nota untuk dibaca. Yang ada hanya teori & langkah pembinaan sesuatu rajah
3. Format kertas peperiksaan hanya ada 1 kertas sahaja dengan masa 2 jam 30 minit.
4. Ada kerja kursus yang perlu dilaksanakan dalam masa 1 thn

Peralatan melukis
1. Jangka lukis*
2. Set- square)*
3. t-Square*
4. Drawing board
5. Pensil 2H dan HB*
6. Pemadam*
7. Masking tape*
8. Ring File
9. Flexible curve / French Curve #
10. Circle template #

Semua peralatan yang bertanda * perlu dibawa ke kelas setiap kali waktu LK
Peralatan yang bertanda # hanya perlu dibawa apabila diberitahu oleh guru.

Pelajar perlu membeli sendiri semua peralatan melukis. Berikut ialah senarai peralatan yang WAJIB ada untuk topik awal pembelajaran bersama anggaran harganya:
1. Drawing set (jangka lukis - jenama Maped) RM 29.00
2. Set-square RM 8.00
3. T-square RM 8.00
4. Drawing board saiz A2 RM 10.00
5. Pensil 2H & HB (jenama Faber-Castell) RM 1.50 tiap satu
6. Masking tape
7. Ring File 3"
8. Pemadam RM 1.00

Sekiranya anda sanggup untuk membuat pelaburan untuk membeli peralatan tersebut, anda dipersilakan untuk melangkah masuk ke Studio LK di SMKUR.

oh ya...jangan lupa tinggalkan nama anda pada kotak 'Just say it' itu ok..

Khamis, 10 Disember 2009

SELOKA BUAT 5 ZUHRAH (EDISI MENGHARUKAN)

Lama telah kutinggalkan laman ini
sejak memberi tips pendidikan moral tempoh hari
kali ini aku menjenguk lagi
menitip kata mencurah isi hati
walau tak banyak dapat dikongsi.

Kertas LK sudahpun ada di depan mata
jawablah saja jangan lengahkan masa
cikgu berdoa kalian dilapangkan dada
segala ilmu janganlah dilupa
hilangkan debar dan layanlah ia
yang berusaha tentu akan gembira
yang tidak pula apa nak kata
tunggu keputusan terima seada
kalau tak baik jangan salahkan sesiapa
kasihan diri dilambung kecewa
sedang rakan lain menjulang jaya..

kepada anak-anak murid cikgu yang cikgu sayangi.. sebenarnya
amatlah bahagia dapat bersama
kerana diri terasa berharga
mendidik kalian insyaallah jadi insan berguna.

tetapi kadangkala cikgu berasa terseksa
bila ada yang tak dengar kata
bila ada yang tak peduli apa cikgu kata
bila ada yang malas buat kerja
perangai kalian menyesakkan dada
nak dibuang tak dapat kerana dah sebati dalam jiwa
nak ditelan tak sedap kerana alasan kalian ini remaja
jadi cikgu tanggunglah seksa

bermula esok kalian hanya jadi bekas anak murid sahaja
tak ada di sekolah entah ada di mana-mana
jagalah diri ingat Allah sentiasa
pasti kalian tak tersasar dari jalannya

cikgu seperti tahun-tahun sudah,
menanti kumpulan baru masuk menjengah
kalau sudi mereka akan singgah
kalau tak sudi, ishhh...cikgu rasa nak pindah

kalian akan terselit dalam lipatan memori cikgu
yang nakal, yang banyak cakap, yang suka buat haru macam kacang hantu
atau yang baik, yang pendiam, yang mendengar nasihat guru
semua perjalanan masa depan kalian tidak kelabu
tapi cerah selalu..

selamat meninggalkan alam persekolahan
lepas ni bertaburanlah kalian di serata alam
sama ada hendak berjuang atau berdiam
meneruskan kehidupan yang pelbagai rencam
moga kalian bijak mengelak ancam
agar kalian berhemah mengharung dugaan

ingatlah dunia di luar sana tidak semudah yang kalian jangka
juga tak seindah yang kalian teka
kalau dah rasa..berkongsilah cerita
cikgu ada di sini berlapang dada
mendengar kalian berhujah bicara...

Dikuasakan oleh Blogger.