BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 28 November 2010

Catatan Ulang Tahun Kelahiran AIF yang ke-4


28 November 2010 genap 4 tahun Adam Izhar Farihin, satu-satunya teruna yang bertahta di hati.

9 keistimewaan AIF:

1. Romantik sangat
- Apabila aku merajuk dengan AIF, AIF akan mendapatkan aku dan mencium aku sepuas-puasnya. Tak lupa juga ucapan "Minta maaf, Mama" yang selalu saja menamatkan segala rajukku pada dia
- Apabila bangun pagi dan AIF tengok aku masam saja, dia akan berkata "Senyum Mama, senyum," sambil dia pun tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi atasnya yang rongak.

2. Berhemah dalam berbelanja
- Apabila pergi ke kedai/shopping complex dengan AIF, selamat duit aku. Semua AIF tak nak atau paling kurang pun dia akan kata "kat rumah dah ada".
- Apabila masuk ke sesebuah kedai, AIF akan berjalan mengelilingi seluruh kedai dan akhirnya sebungkus makanan ringan "Cheese Ring" diletakkan di atas kaunter. Maksudnya dia memang nak la tu..
- Kalau dia nampak mainan pula, aku pula yang tidak berkenan. Sikit saja alasan ang aku beri, dia pun terima. Tapi kalau dia betul-betul berkenan dan aku pula tak bagi, siaplah satu kedai dengar "Mama ni kedekut,"
- Biasanya dia ke mana-mana dengan tujuan / objektif. Kalau ke kedai nak beli kek, mesti beli kek, lain-lain tak boleh. Lepas beli terus balik. kalau nak singgah sana singgah sini, mulalah dia bagi alasan, "Adam dah tak larat ni,".

3. Mudah terima alasan
- Berikan saja apa alasan, AIF akan pertimbangkan dan sekiranya AIF bersetuju senanglah kerja aku. Tapi kalau AIF tak bersetuju, puaslah kena memujuk.

4. Ada pendapat / pilihan sendiri
- Kalau AIF telah menyatakan pendapat / alasannya, memang susah hendak dibangkang.
- Dan pendapatnya tentang sekolah, AIF nak sekolah di Labu. Sedang aku pula nak daftarkan dia di Chembong. Payahnya nak pujuk dia tentang ni.

5. Kartun / filem kegemaran
- Kartun yang AIF paling layan : Ben 10, Tom & Jerry, Spongebob Squarepant.
- Filem yang AIF layan : Transformers, Ironman

6. Jeans : Pakaian rasmi di luar rumah
- Lepas mandi atau apabila nak keluar rumah meskipun untuk bermain basikal, mesti pakai jeans.
- Jeans kontot / pendek, "Nanti malu,"

7. Berdikari tentang perkara berikut :
- Switch on / off tv, kipas, vcd, air-con
- Lain-lain apabila aku ajarkan dia akan bagi alasan, "Adam ni kecik, Adam tak tau.."

8. Berhati-hati
- Perkara yang tak ingin AIF lakukan (setakat umur 4 tahun)
- Naik motorsikal. " Bahaya, nanti jatuh,"
- Main bola. "Tak mahu, nanti kena kepala benjol,"
- Bawa permainan / apa saja ke rumah pengasuh. "Nanti tertinggal,"

9. Tak lupa pada janji / peristiwa
- Selagi belum menunaikan segala yang aku janjikan kepada AIF, selagi itu dia yang menuntut.
- Ingatan pada peristiwa pernah yang berlaku pada dirinya, nampaknya kekal dalam memori kanak-kanaknya. Dan sekiranya, peristiwa itu membawa sesuatu pengajaran, lagi mudah diingati.


"Semoga ALLAH mengurniakan AIF kesihatan yang HEBAT, pendengaran yang HEBAT, penglihatan yang HEBAT, pertuturan yang HEBAT, pemikiran yang HEBAT, perlakuan yang HEBAT, akal yang HEBAT, akhlak yang HEBAT dan beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat"

Dikuasakan oleh Blogger.