BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 24 Disember 2009

Lukisan Kejuruteraan : Senang tapi mencabar

Syarat-syarat kelayakan untuk mengambil LK sebagai elektif di SMKUR

1. Sekurang-kurangnya B dalam Matematik & Sains (Kalau kurang daripada itu, anda akan mengalami kesukaran untuk mempelajari LK)
2. Minat (ingin belajar, bukan paksaan sesiapa atau sekadar mengikut kawan)
3. Rajin (sebab setiap kali sesi kelas LK, mesti ada rajah untuk dilukis)

Info tentang Lukisan Kejuruteraan
1. Dengan teori yang sedikit, pembelajaran LK menjadi sangat mudah.
2. Tiada nota untuk dibaca. Yang ada hanya teori & langkah pembinaan sesuatu rajah
3. Format kertas peperiksaan hanya ada 1 kertas sahaja dengan masa 2 jam 30 minit.
4. Ada kerja kursus yang perlu dilaksanakan dalam masa 1 thn

Peralatan melukis
1. Jangka lukis*
2. Set- square)*
3. t-Square*
4. Drawing board
5. Pensil 2H dan HB*
6. Pemadam*
7. Masking tape*
8. Ring File
9. Flexible curve / French Curve #
10. Circle template #

Semua peralatan yang bertanda * perlu dibawa ke kelas setiap kali waktu LK
Peralatan yang bertanda # hanya perlu dibawa apabila diberitahu oleh guru.

Pelajar perlu membeli sendiri semua peralatan melukis. Berikut ialah senarai peralatan yang WAJIB ada untuk topik awal pembelajaran bersama anggaran harganya:
1. Drawing set (jangka lukis - jenama Maped) RM 29.00
2. Set-square RM 8.00
3. T-square RM 8.00
4. Drawing board saiz A2 RM 10.00
5. Pensil 2H & HB (jenama Faber-Castell) RM 1.50 tiap satu
6. Masking tape
7. Ring File 3"
8. Pemadam RM 1.00

Sekiranya anda sanggup untuk membuat pelaburan untuk membeli peralatan tersebut, anda dipersilakan untuk melangkah masuk ke Studio LK di SMKUR.

oh ya...jangan lupa tinggalkan nama anda pada kotak 'Just say it' itu ok..

Khamis, 10 Disember 2009

SELOKA BUAT 5 ZUHRAH (EDISI MENGHARUKAN)

Lama telah kutinggalkan laman ini
sejak memberi tips pendidikan moral tempoh hari
kali ini aku menjenguk lagi
menitip kata mencurah isi hati
walau tak banyak dapat dikongsi.

Kertas LK sudahpun ada di depan mata
jawablah saja jangan lengahkan masa
cikgu berdoa kalian dilapangkan dada
segala ilmu janganlah dilupa
hilangkan debar dan layanlah ia
yang berusaha tentu akan gembira
yang tidak pula apa nak kata
tunggu keputusan terima seada
kalau tak baik jangan salahkan sesiapa
kasihan diri dilambung kecewa
sedang rakan lain menjulang jaya..

kepada anak-anak murid cikgu yang cikgu sayangi.. sebenarnya
amatlah bahagia dapat bersama
kerana diri terasa berharga
mendidik kalian insyaallah jadi insan berguna.

tetapi kadangkala cikgu berasa terseksa
bila ada yang tak dengar kata
bila ada yang tak peduli apa cikgu kata
bila ada yang malas buat kerja
perangai kalian menyesakkan dada
nak dibuang tak dapat kerana dah sebati dalam jiwa
nak ditelan tak sedap kerana alasan kalian ini remaja
jadi cikgu tanggunglah seksa

bermula esok kalian hanya jadi bekas anak murid sahaja
tak ada di sekolah entah ada di mana-mana
jagalah diri ingat Allah sentiasa
pasti kalian tak tersasar dari jalannya

cikgu seperti tahun-tahun sudah,
menanti kumpulan baru masuk menjengah
kalau sudi mereka akan singgah
kalau tak sudi, ishhh...cikgu rasa nak pindah

kalian akan terselit dalam lipatan memori cikgu
yang nakal, yang banyak cakap, yang suka buat haru macam kacang hantu
atau yang baik, yang pendiam, yang mendengar nasihat guru
semua perjalanan masa depan kalian tidak kelabu
tapi cerah selalu..

selamat meninggalkan alam persekolahan
lepas ni bertaburanlah kalian di serata alam
sama ada hendak berjuang atau berdiam
meneruskan kehidupan yang pelbagai rencam
moga kalian bijak mengelak ancam
agar kalian berhemah mengharung dugaan

ingatlah dunia di luar sana tidak semudah yang kalian jangka
juga tak seindah yang kalian teka
kalau dah rasa..berkongsilah cerita
cikgu ada di sini berlapang dada
mendengar kalian berhujah bicara...

Isnin, 23 November 2009

Panduan menjawab soalan pendidikan moral

PENTING !!! 1 soalan dijawab dalam masa 15 minit sahaja. Jangan lebih, jangan kurang.

1. Baca soalan dengan teliti. Pastikan bidang bagi soalan tersebut. Macam mana hendak memastikan bidang tersebut? Baca #1

2. Berikan dahulu nilai-nilai khusus dalam bidang tersebut kemudian barulah diikuti dengan nilai bidang-bidang lain yang difikirkan betul.

3. Bagi soalan struktur "jelaskan / terangkan / huraikan", pastikan jumlah markahnya.

3.1 Sekiranya soalan mahukan 2 nilai & skornya adalah 4 markah, jawab macam biasa.
Macam mana? Rujuk contoh 1.

3.2 Sekiranya soalan mahukan 2 nilai & skornya adalah 6 markah, jawapan anda
mesti luar biasa. Macam mana? Rujuk Contoh 2.

3.3 PENTING!!! Jawab mesti dalam ayat lengkap. Contoh
3.3.1 Nilai yang patut diamalkan ialah .....(SALAH)
3.3.2 Nilai yang patut diamalkan oleh Amira ketika memandu ialah ....(BETUL)
Mesti ada pelaku kepada nilai yang hendak diberi.

4. Bagi soalan esei, jawab macam biasa. Macam mana? Jawab dalam 5 ayat.
Ayat 1, bagi tahu nilai. Ayat ke-2, kata kunci pertama. Ayat ke-3, penerangan bagi kata kunci pertama (mulakan ayat dengan "Sebagai contoh"). Ayat ke-4, kata kunci kedua. Ayat ke-5, penerangan kata kunci kedua (mulakan ayat dengan "Sebagai contoh").

5. Sekiranya ingin menambah nilai / jawapan, tambah 1 sahaja (hanya tambahan pertama sahaja yang akan dibaca). Itupun sesudah anda menjawab kesemua soalan.


#1
*setiap satu soalan mesti ada bidang khususnya, tetapi sekiranya anda gagal mengenalpasti bidangnya, tidak mengapa. Cuba pilih mana-mana nilai dan ingatkan penerangan nilai& fokus pada kata kuncinya. Pastikan kata kunci bagi nilai tersebut boleh digunakan untuk menjawab soalan. Sekiranya kata kunci nilai ada kaitan dengan soalan, bolehlah gunakan nilai tersebut.

Contoh 1
soalan 1 nilai = 2 markah.
"Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat ialah peka terhadap isu-isu alam sekitar. Masyarakat sepatutnya prihatin terhadap persoalan yang berkaitan alam sekitar dengan melaporkan kegiatan pembalakan haram kepada Jabatan Perhutanan sekiranya mengetahui ada pembalakan haram di kawasan hutan berhampiran."
****Penerangan anda mestilah mengukuhkan kata kunci atau berikan cara / kesan untuk mengukuhkan kata kunci.

Contoh 2
Soalan 1 nilai = 3 markah
"Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat ialah peka terhadap isu-isu alam sekitar.
masyarakat sepatutnya prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar
iaitu melaporkan kepada Jabatan Perhutanan sekiranya mengetahui kegiatan pembalakan haram agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan terhadap pembalak haram terbabit.
*****Penerangan anda mengukuhkan kata kunci dan penerangan anda dikukuhkan lagi dengan cara / kesan.

Cikgu doakan semoga semua pelajar cikgu dapat menjawab dengan baik & cemerlang. Kepada pelajar 5 UT & 5 ZR..., kamulah harapan keluarga kamu & jangan sia-siakan peluang diri sendiri.
Kepada Yu Ting, Soo Ling, Pei Yi, Jia Lin, Jia Yi..ingat semua pesan cikgu sebab kamulah harapan cikgu & sekolah...jangan takut, baca soalan & fikir betul-betul..bayangkan cikgu berada di sebelah kamu. Kalau salah, kamu kene hukum..

Untuk pelajar 5 MUSY yg dua orang lagi tu, pandai-pandailah kamu!!!

So GOOD LUCK!!! SELAMAT MENJAWAB DENGAN CEMERLANG

Sabtu, 7 November 2009

Misteri kehidupan

Kehidupan didunia ini......
Kadangkala indah bagai bulan purnama,
Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana.

Hati yang berdetik,
Namun mulut tetap terkunci,
Tidak mampu melafazkan yang tersurat dihati,
Kerana jendela bibir terkunci rapi.

Termenung ku seketika,
Dilamum mimpi khayalan yang tak sudah,
Diri masih tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya kemanisan dunia.

Kunci yang dicari,
Hilang tetap tidak ditemui,
Kaki yang melangkah ke hadapan,
Tiba-tiba tersisir ke belakang,
Bagai hidup tiada penghujung,
Umpama bunga hilang wanginya,
Ibarat daun tiada hijaunya,
Dunia yang berputar,
Namun kaki tidak terlangkah,
Masa yang berlari,
Namun jiwa masih terhenti,
Umpama memijak di awangan,
Bagai berlari d ikayangan,
Ibarat ada dalam tiada,
Dicapai, tapi tidak terasa.

Diri tinggal tanda tanya,
Beginikah dunia?
Yang selama ini dikejar,
Namum tidak pernah ditemui,
Beginikah hidup?
Yang selama ini diterokai,
Namum masih menjadi misteri.

Misteri kehidupan......
Makin ditanya,
Makin banyak persoalan,
Makin diteroka, makin banyak rahsia.

Apakah maknanya semua ini,
Naluri hati telah lama tersimpul mati,
Hendak ditanya, namum pada siapa,
Ingin dijawab,
tiada pula soalannya,
Bingungnya diri,
Ke kiri tidak,
ke kanan jauh sekali,
Kedepan terhenti,
Berundur ke belakang tiada bererti.

Betul katanya,
Di depan ada yang menunggu,
Namum simpang mana yang harus ku tuju?
Diri terasa sunyi,
takut mengikut kata hati,
Risau tersungkur lagi.

Semoga semua persoalan,
Dijawab dengan sebuah kemenangan,

Pelangi

Suatu petang, minda hamba terperangkap,
dalam arus haba aliran besi,
kesesakan lalulintas,
selautan sumpah seranah,
di mana sabar hanya perkataan.

Lalu muncullah ia,
pelangi...,
nan indah lagi berseri,
bertemankan gerimis,
diapit suam cahaya mentari.

Betapa hamba lupa,
kesenangan itu dicelahan kepayahan,
Kesengsaraan itu sementara,
sekuat mana ikatan tali,
kan terlerai jua dengan caranya.

Di suatu petang bertemankan pelangi,
ia mengingatkan hamba,
betapa kita lemah serba serbi,
selayaknya hamba pada yang esa.

Dan hamba percaya,
Manusia itu jika berupaya,
Pelangi itu juga mahu dikurungkannya

ERTI PERSAHABATAN

Erti persahabatan tidak pernah lupus, meskipun nilai-nilainya pudar dibawa arus masa. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai saorang sahabat yang memahami kita, sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya, kita tidak memberinya dia peluang untuk menerangkan keadaan. Bagi kita, itu hanya sekadar alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti nanti. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati, kita beri seribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita ttg perasaanya?

Seperti kata, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa, untungnya mempunyai saorang kawan yg sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia, dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kekadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Bolehkan kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita, ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa....bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya, kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan kekalutan, kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungkanlah...............

Sabtu, 31 Oktober 2009

Anugerah Akademik Terbilang SPM 2008

30 Okt 2009, berlangsung majlis Anugerah. Rasanya di Allson Kelana...ingatkan takde...terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana memperuntukkan penghargaan bagi sekolah2 yang telah mencipta kejayaan dalam SPM 2008.

Dan untuk kesekian kalinya, mungkin kali ke5 berturut2, SMKUR berjaya menempa nama apabila kali ini terus berjaya merangkul anugerah. Tak lain tak bukan melalui pencapaian agak cemerlang calon SMKUR dalam subjek Lukisan Kejuruteraan.. SPM 2008 hanya berjaya mencatat 2.12 GPMP berbanding SPM 2007 yang gemilang dengan GPMP 1.38.. Andai Tuhan mengakhirkan hayat ku esok...itulah kejayaan paling cemerlang yang paling aku tak boleh lupa setakat ini...hati ku kembang setaman berbulan2....hingga sekarang terus kukenang..

Besar harapan, calon SPM 2009 tidak akan menghampakan aku untuk menumbuh mekar bunga di hatiku... Aku yakin mereka boleh..dan aku juga yakin , ada yang tak boleh...
Apa2 pun...sekagi kita berusaha, pasti ada perubahan yang akan berlaku..

Tahniah untuk semua Calon SPM 2008...kejayaan kalian memastikan SMKUR terus mendapat pengiktirafan....terima kasih semua...

Khamis, 29 Oktober 2009

Dari pencinta bahasa

Puteriku Julaiha....

Salam kemeseraan buat mu, semuga hari2 yg dilalui diwarnai keceriaan, kebahagian buat puteri...

Hamba berseloka lagi buat puteri....

Puterilah cahaya didalam gelap,
Pelita jendela dalam samar malap,
Terusik lamunan dek senyuman yang hamba tatap,
Mata menjeling memandang menghadap,
Adakah waktu untuk ku walau hanya sekejap?

Ombak membelah berlari gigih mengejar pantai,
Angin berhembus lemah menyusuri pantai nan landai,
Nyamannya menyapa siang, dingin menyapa mimpi,
Kerinduan hati hadir tidak terperi,
Sayunya hati, manakala malam meniti hari,
berharap datang hujan membasahi kalbu surgawi.

Bila nanti, badan hamba lemah tiada berasa,
Suara hamba diam tiada lagi bernyanyi senda,
Ku pinta puteri hadir menemani raga,
Walau hanya berhias sebuah senyuman hiba,
Walau hanya ada di mimpi hamba,
Izinkan hamba merungkai kalimat dihati agar perginya hamba dirasa.

Berdiri hamba di senja nan sunyi,
Camar melayang menyusuri awan,
Langit merah menanti kepulangan mentari,
Indah sungguh warnanya, meninggalkan cerita siang,
Namun....tidak mampu jua menandingi kindahan tatapan matamu,
Belum mampu mententeramkan jiwa ini,
Oleh keindahan seraut wajah yg selalu ku tatap

Isnin, 19 Oktober 2009

Belum Hebat Lagi....

Rasa dalam hati, "Aku memang hebat,
Megah pada diri, "Aku sungguh hebat",
Fikir dengan otak, "Belum cukup hebat"
Banding dengan realiti, "Memang belum cukup hebat. Sungguh!"

Aku hanya sekadarnya
berusaha tatkala ada daya
berhenti pabila tidak terdaya.

Sungguh, aku memang tidak terdaya
untuk jadi HEBAT seperti mereka yang HEBAT.

Kehebatan dalam hati hanyalah sekadar haruman yang menyegarkan diri saban hari
Kehebatan pada diri hanyalah sekadar imbuhan pada diri...
agar terus berusaha untuk jadi yang HEBAT, TERHEBAT dan memang HEBAT...

Ahad, 11 Oktober 2009

Seronok dapat jumpa kawan2 lama kat Facebook

Akhir-akhir ini, pantang ada masa mesti online dgn facebook. Macam2 cerita yang terpendam selama 7 tahun cuba dirungkai..ada yang suka, ada yang duka...Dapat jumpa coursemate SPA UTM 1998-2002, pensyarah, ex-student, student...memang seronok...
sampai kerja yang patut aku buat pun aku tangguh-tangguhkan...

kalau takde fb ni..takde tempat aku nak meluah rasa dalam hati ni..terima kasih la pada kawan2 aku yg sudi melayan aku kat fb

Jumaat, 2 Oktober 2009

Memalukan...Berita di myMetro

Tiga pelajar tak senonoh

REMBAU: Tindakan dua pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dipercayai cuba melakukan perbuatan tidak bermoral dalam bilik yang dijadikan kelas latihan sekolah menengah, di sini, gagal apabila mereka dicekup guru sekolah berkenaan, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari apabila dua pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan itu yang semuanya berusia 15 tahun dikatakan mengambil kesempatan memasuki kelas latihan di bangunan sekolah berkenaan.

Sumber berkata, mereka memasuki bilik itu ketika pertukaran guru selepas guru yang mengajar sebelum keluar kelas dan menunggu guru lain meneruskan kelas pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bagaimanapun, tindakan mencurigakan mereka disedari guru perempuan yang memberitahu guru lelaki kebetulan berada di kawasan itu.

Ahad, 27 September 2009

Seruan untuk pelajar LK di Uress

Kepada semua pelajar2 5 zuhrah & 4 Zuhrah 2009 di Uress ni, lebih2 lagi yang ada komputer & printer kat rumah,korang pergilah check di link LK tu then download la soalan2 yang korang berkenan. Manalah tau ada yang tak sabar2 nak tunggu soalan dari cikgu. Cikgu bukan ape..., byk masa dihabiskan dengan ...macam2 benda la...

Kalau nak tunggu cikgu, lambat. Nak cepat, cari sendiri.

Jalan-jalan Utara ke Selatan

Hari Raya...hari yang mulia...

Cerita tentang perjalanan balik kampung, 18 Sept 2009. Ke Sungai Petani, kedah mengambil masa 8 jam termasuk berhenti di R&R dan kesesakan teruk di Butterworth. Accident. Itu saja puncanya. Paling menyakitkan hati, pemandu2 atau pemilik kereta2 mewah. Laju nak mampus, mentang2 la kenderaan mereka berkuasa tinggi, laju bagai tak sempat2 nak masuk kubur. Kalau tidak mendatangkan bahaya kepada pemandu lain, tak kisahlah.

Balik ke Seremban, 22 Sept 2009. Kali ini hanya mengambil masa hehehe..7 jam..tunggak terbalik Adam dalam kereta. Tapi ini semua dah biasa sejak 5 tahun yang lalu..Adam pulak, baru merasa sejak 3 thn yg dulu.

Sampai Seremban, rest 1 hari, baru bertolak balik ke Johor. Nasiblah tak sejauh kedah tu..Segamat. 3 jam setengah termasuk jammed di bandar Segamat.
Balik semula ke Seremban, 25 Sept 2009. Ada masa 2 hari sebelum cuti sekolah berakhir...Aduhai

Khamis, 17 September 2009

Balik Kampung.....

Tahun ni, giliran beraya di Kedah. Harap2 highway tak la congested sangat..Balik kedah nanti, masak rendang ayam, kari daging...waa...bestnya...berbunyi pulak perut aku ni....Semoga perjalanan balik kampung kami berjalan lancar,....balik kampung...hohoho balik kampung...

Jumaat, 11 September 2009

Alhamdulillah...

Semua kertas peperiksaan percubaan SPM 2009 telah selesai disemak. Untuk kertas Pend Moral, aku semak dalam 2 sesi. Not bad. Cuma seorang sahaja yang gagal. 8 orang dapat A. Harap-harap jumlah itu boleh bertambah pada peperiksaan sebenar sekurang-kurangnya 10 orang. Kalau tak capai, mampuslah Panitia Pend Moral kena belasah dalam mesyuarat.

Bagi Kertas LK pula aku cuma mengambil masa lebih kurang 7 jam sahaja untuk menanda. Yelah pelajar pun tak ramai. Lagipun aku memang tertunggu gila untuk menyemak ni. So excited. Analisis ringkas, 13 orang 1A, 1 orang 2A, 2 orang gagal. Yang lain-lain, insyaallah boleh ditingkatkan lagi.

Kerisauan hanya pada 2 yang gagal itu. Tapi kerisauan aku tak bermakna apa-apa kalau tuan punya badan tak sedar diri yang dirinya sangat lemah, banyak alasan dan pemalas . Bagi yang dah merasa A tu pula, janganlah perasan bagus dan berlagak pula. Mungkin masih banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi.

Apapun, hari isnin depan, masa untuk bagi semula kertas LK dan hari selasa, masa untuk pend Moral. Watch out!!!

Selasa, 8 September 2009

Obsesnya Adam pada Transformers

Letih. Mengantuk. Ini semua penangan Transformer Adam.. Masih obses pada Transformer dia tu. Malam tadi selepas pukul 8.30 dia terlelap ketika menonton Wipe Out. Satu rancangan untuk menggelakkan orang sesuka hati. Sangkaan aku bila dipindahkan ke dalam bilik, tidurnya semakin nyenyak. Bolehlah aku tumpang setilam..rupa-rupanya, pukul 10 lebih tu, dia terbangun. merengek-rengek nak tengok Transformer. Bila aku buat tak layan, ditariknya tangan aku. Sudahnya, bangun jugalah aku.

Sebaik saja aku pasangkan Transformer, dia pun mulalah diam. Aku paksa dia baring, pakai selimut sebab dalam bilik ni ada aircond..Adam pun layanlah Transformer tu seorang diri. Aku ? Sambung semula tidur yang terganggu. Daddy dia entah buat ape, makan sambil tengok tv kat ruang menonton.

tiba-tiba, aku sedar Adam dah bermain di hujung kaki aku. Kemudian dia berjalan-jalan atas katil. Kasihan kena marah, bukan sikit. Kaw kaw kena marah. Bila aku tgk skrin tv, dah biru. Maksudnya, dia dah off dvd player tu. Patutpun tak reti duduk diam.

Geram melihatkan perangai Adam, aku panggil Daddy dia. Bila ditanya kenapa dia tak masuk bilik, Daddy Adam kata, Adam tak bagi. Dia dihalau keluar. Tak senonoh betul la Adam ni..Aku minta Daddy Adam on kan semula dvd dan mainkan Transformer lagi. Aku paksa Adam baring semula di sebelahku.

Paling mengharukan, bila tiba-tiba dia mencium aku dengan bibir kecilnya yang comel itu. Tak jadi aku nak marah. Cair..bila aku balas balik ciuman dia, dia pun mula menyuruh aku bangun. Nak tak nak, sebab dah cair aku pun bangun. Dan bermulalah story telling Adam for every scene of the movie. Bangga, memang bangga dengan kepetahan dia, tapi dengan mata yang dah terlalu berat ditambah dengan kepala yang bengang sebab tidur, jaga, tidur, jaga..membangkitkan semula marah aku pada Adam..

Tapi Adam still nak tengok Transformer tu. Rasa nak saja aku patah-patahkan dvd tu. Geram betul la..bila aku kenangkan yang Adamlah satu-satunya anak yang aku ada, ditambah dengan cerita bohong Daddy dia mengatakan PS2 dah rosak, aku layan juga la cerita Adam tentang Transformer tu..sampailah dekat nak pukul 2.

Kali ni aku tak boleh tahan dah. Aku angkat dia bawa dia masuk dalam bilik tidur dia. Merengek-rengek, mengongoi-ngongoi...aku buat tak layan jer..langsung aku tertidur.. Tiba-tiba, Adam cium aku lagi. Kali ni dia mengadu, "Mama, Adam berak"
Aduh..tensionnya..nak tak nak bangun la aku..Again, dia buat lagi muka sedoi dia aku cebukkan dia...siannya....tapi aku geram betulla...

Semasa aku pakaikan drypez..dia diam je. Lepas tu aku golekkan dia..malas nak layan lagi...at last, dia tertidur...jam 2.30 am...aduh....Adam, Adam....sayang memang sayang..Yelah, pandai merayu, romantik tapi juga keras kepala....macam siapa? Aku la...

Isnin, 24 Ogos 2009

Akhirnya....

2.30 tadi aku ke JPNS. Ambil surat GURU CEMERLANG. Ada 2 Surat.

1. Surat daripada pejabat KPPM putrajaya. Surat tu bertarikh 20 Julai 2009. Tapi yang peliknya, tarikh pemangkuan guru cemerlang tu bermula 23 April 2009. Aku memang kurang faham pasal mangku memangku ni.

2. Surat daripada JPNS bertarikh 20 Ogos.

Alhamdulillah, dapat juga macam tak percaya, macam tak layak...dan macam2 tapi tu rezeki Allah dah bagi. So, mesti bersyukur dan teruskan tingkatkan prestasi cemerlang dalam setiap tugas lebih-lebih lagi dalam pnp LK...

Ahad, 23 Ogos 2009

Movie & Games Selection by Adam



Dua tiga minggu kebelakangan ni, aku dgn daddy Adam hampir mabuk kerana terpaksa tengok cerita dan main game seleksi ADAM.

mula-mula dia kemaruk tengok Ultraman. Pagi petang siang malam...tak jemu2..siap berjoget2 dia...sekali tengok, ade la 4, 5 round. Syok sangat dia tgk Ultraman menari ala-ala pocho2 pulak...lawak betul la...

Agak dah 2 minggu layan Ultraman, dia kemaruk dengan game PS2 Just Cause pulak.Celik mata saja, Adam dah sebut "Mama, main game Mama"... Selagi aku tak bangun, selagi tu dia merengek. Bila dah bangun, kalau tak, main game Jeng(3x)dia nak main game Mushashi..game jeng (3x) tu cuma panggilan Adam dia sebab background music masa game tu start. Nama sebenar game tu, Just Cause. Ape yang dia seronok dengan game ni sebab dia dapat naik macam2 kereta motor, bot, kapalterbang...macam2lah...yang paling geram, walaupun aku atau daddy dia dah hantar dia ke satu lokasi kat tgh2 hutan atau bandar, dia tetap boleh cari laut. Pusing sana, pusing sini, turun naik bukit, langgar pokok langgar orang...lastly, terjun dalam laut...Adam Adam..

Habis dia main game tu yang ntah berape kali round, dia ajak tengok transformer pulak. Hari ni saja entah dah berapa kali round dia tengok transformer 1 tu...sampai hafal la semua scene..beriya-iya dia tengok. Kalau tengok scene by scene takpe...dia tgk dari mula sampai habis. Pas tu tau pulak dia part scene yang perlu gelak, so dia akan gelak. Macam paham jer. daripada tak pandai nak nyebut, dah boleh ikut pulak.Bila dah habis, sibuk dia report. Pas tu dia pun same la menyanyi lagu "What i have done" tu...

Aku? Naik pengsan la nak layan transformer Adam tu. Kalau dia tengah layan Transformer tu, nak kunyah makanan pun terberhenti."Jap, jap..." dia kata. Punya la nak consentrate dgn Transformer dia tu...ajak tgk Revenge of the Fallen dia tak nak pulak. So layan saje la...transformer 1 tu..

Ha..tu la Adam..tu la game dan movie yang dia main dan tengok tiap2 jam...Mabuk...dari celik mata sampai nak tutup mata...game & movie...

2 Hari Lawatan Adam ke Uress

18 & 20 ogos...terpaksa bawa Adam ke sekolah. Sebabnya, mak dia demam dan tak dapat jaga dia. Puaslah menjawab soalan-soalan daripada cikgu2 ni.. Adam sihat, tapi kalau dijaga orang yang tak sihat, tentu macam2 boleh jadi. Paling menakutkan, H1N1 la...tak sanggup nak hadapi. So lebih baik susah sikit,daripada susah banyak.

Hari selasa tu, Adam ok. Baik..mungkin sebab kali pertama tapi hari Khamis...macam2 hal..dia boring dan penat kot. Jalan sana jalan sini. Naik blok N. Langsung tak boleh nak tinggal. Melalak...satu uress pun dengar.. Adam, Adam...

Student pertama yang dia nampak, terus dia bukak silat ultraman dia. Lepas tu, habis semua orang kena silat dengan Adam. Lincah, aktif, mulut pun boleh tahan.

Ada juga kakak2 5 zuhrah nak tolong jaga, tapi terpaksa tolak sebab risiko jangkitan H1N1..Fobia betul aku. Dalam kelas LK 4 Zuhrah pulak, Adam tolong bagi kertas2 yang aku dah tanda. Sorang-sorang dia tolong panggilkan nama yang dah aku bisikkan pada dia. Bunyinya garang...macam aku la....

Sepanjang perjalanan balik, Adam berdiri jer...suruh duduk tak nak...ape pun Adam, thanx for your corperation...boleh lah daripada takde...lain kali Mama bawa Adam gi sekolah lagi...

Ahad, 9 Ogos 2009

Adam tengok pengantin




Lepas Adam mandi, aku sediakan dia dengan t-shirt dan seluar khakis yang baru kubeli minggu lepas. Bukan main smart lagi baby aku. Adam sangka nak pergi makan KFC tapi aku bagi tau dia, dia kena makan nasi pengantin dulu.

Sampai je kat dewan MPS dia, sibuk dia bertanya mana pengantin. Sejak semalam aku dah ajarkan dia sebut pengantin. "Kelantin", "Pengantin". Macam-macam yang keluar dari mulut dia.

Banyak juga nasi yang masuk ke mulut dia. Puas hati aku tengok dia berselera nak makan. Lagipun memang sejak dia bangun pukul 9.00 tadi dia tak makan apa. Selesai makan nasi, aku ambil kuih 3 jenis. Salah satunya karipap. Tak sangka dia boleh makan satu biji karipap lagi. Heee... seronoknya tengok dia makan.

Terima kasih & tahniah kepada mantan pengetua SMKUR. Dapat menantu.

Adam pula dapat melihat perkara baru hari ini. Tengok persembahan lagu melayu asli, tengok pengantin, makan nasi pengantin, karipap pengantin. Dia kata pengantinnya cantik. Dia kata ada banyak pengantin.

Aku membetulkan Adam. "Yang banyak tu, guest, tetamu. Pengantin yang dok kat atas tu,"

Keseronokan Adam vs Kecuakan Adam





8 OGOS 2009. Rancangan untuk membawa Adam jalan-jalan ke PD, akhirnya menjadi juga. Sepatutnya pergi pada sebelah pagi tetapi bila daddynya ada kursus dengan orang IAB terpaksalah ditangguhkan. Daddy Adam balik dalam 2.30 petang. Aku ajak dia pergi selepas Asar dan dia bersetuju.

Kenapa bawa Adam ke PD? Sebab tak tahan tengok dia terbaring meniarap dalam bilik air yang sempit. Ingatkan tentu seronok bila tengok dia main air tapi rupanya tidak.

Adam masih macam kali pertama ke PD. Takut air. Bila ombak nak menghampiri dia, dia pun berlarilah sekuat hati macam kena kejar hantu. Ingatkan nak bagi dia seronok, tapi nampaknya dia lagi seronok bermain pasir dengan kakinya. Mula-mula tu langsung tak nak pijak pasir tapi bila aku dan daddynya berjalan selamba tanpa selipar barulah dia memberanikan diri.

Bila daddynya nak celupkan dia ke dalam air laut tu, meraung-raung dia sambil kaki tangannya menggapai apa sahaja yang tercapai asalkan tak kena air. Mungkin dia memang takut tengok ombak yang meluru ke pantai seolah-olah mengejar dia. Lagipun mungkin juga tiada sesiapa nak menunjukkan pada dia tentang keseronokan bermain di pantai. Maklumlah anak tunggal (setakat ini).

Dalam perjalanan balik, daddynya berhenti di hadapan muzium tentera darat. Ambil gambar dengan kapal terbang. Itupun mulanya dia takut. Bukan main seksa nak ambil gambar. Dia lebih seronok memegang bahagian badan kapal terbang. Itupun mula-mula dengan hujung jari telunjuknya sahaja. Dah lama sikit, baru dia mengusap-usap badan kapal terbang tu.

Adam..., Adam..

Takpelah Adam, lain kali kita jalan-jalan lagi.

Harga Sebuah Pengalaman

5 Ogos 2009, kali pertama aku mencuba. Aku dijemput untuk memberi ceramah teknik menjawab soalan LK di sebuah sekolah di daerah gemas. Mulanya aku menolak disebabkan komitmen tugas yang pelbagai. Tapi selepas berfikir dalam dua, tiga detik, aku pantas bersetuju.

Bila lagi aku hendak mencuba? Kata nak jadi GURU CEMERLANG? Kalau tiada pertama, bagaimana boleh ada yang seterusnya. Lagipun aku tertarik dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh guru yang lebih muda setahun dua daripada aku itu.
Tahun lepas dengan arahan pengetua dan kesedaran dirinya, dia datang ke sekolah aku untuk belajar LK. Macam pelik dan aku pun terkejut apabila mendapat panggilan daripada Pengetuanya. Macam tak percaya saja. Dia datang juga pada hari yang dijanjikan.

Berbalik kisah ceramah teknik menjawab tadi, pelajarnya cuma 12 orang. Kalau nak dibandingkan pelajarnya dengan pelajar SMKUR, sudah tentu pelajar LK 5 Zuhrah tiada tandingan. Sebabnya, aku telah menyediakan pelajarku dengan segala kemahiran & teknik yang paling berkesan. Walaupun ada dua, tiga orang yang sedikit kelat dan payau tapi aku merasakan yang kelat dan payau itu pun bolehlah tahan berbanding pelajar guru muda itu.

Kecut perut aku sehingga terasa sakit bila melihat cara mereka menjawab soalan. Apakah puncanya? Aku mengaitkan dengan pengalaman.

Guru muda itu baru sahaja mendapat tugas mengajar LK. Tahun-tahun sebelumnya dia mengajar subjek lain. Jadi sudah tentu pengalamannya kurang. Guru muda itu umpama aku pada tahun pertama, kedua, ketiga mengajar LK. Sama. Yang berbeza, dia mungkin lebih rajin dan lebih bersikap terbuka, tidak seperti aku.

Dahulu aku hanya mengambil kesempatan belajar LK apabila ada kursus2 sahaja. Tetapi guru muda ini lebih hebat daripada aku. Tak kisahlah. Usaha masin-masing.
Aku dulu, memang segan nak bertanya. Sebab tu ambil masa nak master topik-topik dalam LK. Setiap tahun kalau ade kursus, aku akan belajar satu topik. Tapi selebihnya banyak yang aku belajar dan fahamkan sendirisehinggalah aku dapat memudahkan teori-teori yang susah.

Namun, dengan berbekal pengalaman 7 tahun mengajar LK bersama ilmu yang kukutip di sana sini, maka dapatlah aku membantu pelajar aku untuk cemerlang dalam subjek ini.
Mujur pelajarnya juga seperti gurunya. Sedar tentang kekurangan diri. Kalau jenis yang sombong, tak dapatlah aku nak tolong. Aku harap guru muda itu mampu membimbing pelajarnya. Walaupun tiada banyak masa lagi, aku yakin dengan teknik & tips yang aku berikan boleh membantu mereka. 3 jam ceramah berlalu terlalu cepat. Ada banyak lagi yang hendak aku kongsikan tapi nak buat macam mana.

Kalaulah sekolah itu dekat dengan SMKUR, tentu aku ajak mereka datang tuisyen kat SMKUR bersama pelajar-pelajarku. Apa pun, GOOD LUCK and ALL THE BEST.

Rabu, 8 Julai 2009

Mr Azizi's Spagetty

Semalam 7.7.2009 handphone tertinggal kat bilik LK..jadi tak tau la kalau ade sesape yang call.Hanya dapat return call bila naik semula bilik LK untuk kelas tambahan petang.
Bila dah on the way drive home, Mr Azizi called and told me that he want to cook spagetti..
Hah ok la tu....Jimat tenago den hari ni.
Banyak dia buat, seperiuk bosa...
tapi perut aku hanya dapat tampung untuk satu hidangan lagi. Rugi...
Ingatkan nak bawak sekolah pagi ni tapi dah terbangun lambat. Tak dapek la den nak nyediokan bokal....takpo balik nanti den pulun...

To my love one, thanx for the spagetty...i love and i like.....

Isnin, 29 Jun 2009

Key chain dari Tan...

Tan....terima kasih... kau ni ade-ade jer.... ape pun, terima kasih yer..
Cikgu simpan dulu, nanti bila cikgu beli handphone baru, cikgu gantung kt hp baru tu..Buat masa ni cikgu simpan dulu lah yer.....Sayang....cute...comel...

Thanx tan...

Bear...

Kepada pelajar moral cikgu, terima kasih atas big bear yang cute tu...cikgu suke, anak cikgu pun mesti suka gak....bertambahlah koleksi bear kitorang..nanti bila cikgu dah ambik gambar bear tu, cikgu insert gambar bear tu okey...tunggu jelah...

Thanx for the Cute Big Bear

Thanx kepada student Moral cikgu Xue Bi, Kai Chi, Hui Hui, ...ada-ada saja korang ni...ape-ape pun, terima kasih..nanti bila cikgu dah ambik gambar bear tu cikgu insert kat blog ckg ni....

Jumaat, 26 Jun 2009

Party with Tan & Thava


Surprise korang memang cikgu dah jangka...Thanx a lot..Korang membuatkan cikgu terasa begitu dihargai...Terima kasih. Barulah terasa usaha dan pengorbanan cikgu terbalas. Kalaulah semua students macam korang, tenteram jiwa nurani cikgu-cikgu kat dunia ni.
Sayang, kita tak ambik gambar. Lain kali, cikgu nak bawak la video cam cikgu kat sekolah. So bila2 jer cikgu boleh ambil gambar.. dan insert kat blog cikgu ni...
Thanx for the present and the cheese cake..i like...

gambar ni cikgu ambik dr tagged...

Party with Tan & Thava

Surprise yang korang nak buat, memang cikgu dah jangka...anyway thanx a lot... korang membuatkan cikgu terasa begitu dihargai...terima kasih banyak-banyak..sayang kita tak ambik gambar...cikgu cuba cari gambar korang kat dalam komputer cikgu, tapi ntah kat mane cikgu simpan..Thanx for the present. I like....

Birthday Party with 5 Zuhrah

25 Jun 2009 merupakan hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-29. Birthday party yang diaturkan oleh pelajar-pelajar 5 Zuhrah begitu mengharukan. Dalam ucapan birthday lady, aku menitiskan air mata.
(Ada pulak cameraman yang record. Hantu betul budak-budak ni).
Apabila kutanyakan layakkan aku mendapat semua ni, mereka semua mengangguk dan mengiyakan. Terasa kecil pula diri aku tapi pada masa yang sama meningkat pulak harga diri sebagai seorang cikgu.
Walaupun aku rasa aku layan diorang, macam..... lain macam , tapi diorang tak rasa begitu. Malah ada yang anggap, aku layan mereka macam kawan. Perasannye diorang ni.... Tapi aku memang tahu, pelajar memang suka kalau mereka dilayan sedemikian.
Kalau ikut kata emak, aku ni macam komunis. Kalau ikut kata abah pulak, aku ni macam askar Jepun. Kalau ikut kata laki aku, aku ni psiko. Semua tu memang aku. Mafia Jepun berfahaman komunis!!!
So, beware. Don’t piss me out or…you will killed. No mercy….
Kepada semua pelajar-pelajar 5 Zuhrah, terima kasih banyak-banyak. Tanpa korang, cikgu takkan jadi cikgu LK kat SMKUR ni..
Oi...ustazah korang tau la pasal birthday party tu....

Dikuasakan oleh Blogger.