BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 23 November 2009

Panduan menjawab soalan pendidikan moral

PENTING !!! 1 soalan dijawab dalam masa 15 minit sahaja. Jangan lebih, jangan kurang.

1. Baca soalan dengan teliti. Pastikan bidang bagi soalan tersebut. Macam mana hendak memastikan bidang tersebut? Baca #1

2. Berikan dahulu nilai-nilai khusus dalam bidang tersebut kemudian barulah diikuti dengan nilai bidang-bidang lain yang difikirkan betul.

3. Bagi soalan struktur "jelaskan / terangkan / huraikan", pastikan jumlah markahnya.

3.1 Sekiranya soalan mahukan 2 nilai & skornya adalah 4 markah, jawab macam biasa.
Macam mana? Rujuk contoh 1.

3.2 Sekiranya soalan mahukan 2 nilai & skornya adalah 6 markah, jawapan anda
mesti luar biasa. Macam mana? Rujuk Contoh 2.

3.3 PENTING!!! Jawab mesti dalam ayat lengkap. Contoh
3.3.1 Nilai yang patut diamalkan ialah .....(SALAH)
3.3.2 Nilai yang patut diamalkan oleh Amira ketika memandu ialah ....(BETUL)
Mesti ada pelaku kepada nilai yang hendak diberi.

4. Bagi soalan esei, jawab macam biasa. Macam mana? Jawab dalam 5 ayat.
Ayat 1, bagi tahu nilai. Ayat ke-2, kata kunci pertama. Ayat ke-3, penerangan bagi kata kunci pertama (mulakan ayat dengan "Sebagai contoh"). Ayat ke-4, kata kunci kedua. Ayat ke-5, penerangan kata kunci kedua (mulakan ayat dengan "Sebagai contoh").

5. Sekiranya ingin menambah nilai / jawapan, tambah 1 sahaja (hanya tambahan pertama sahaja yang akan dibaca). Itupun sesudah anda menjawab kesemua soalan.


#1
*setiap satu soalan mesti ada bidang khususnya, tetapi sekiranya anda gagal mengenalpasti bidangnya, tidak mengapa. Cuba pilih mana-mana nilai dan ingatkan penerangan nilai& fokus pada kata kuncinya. Pastikan kata kunci bagi nilai tersebut boleh digunakan untuk menjawab soalan. Sekiranya kata kunci nilai ada kaitan dengan soalan, bolehlah gunakan nilai tersebut.

Contoh 1
soalan 1 nilai = 2 markah.
"Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat ialah peka terhadap isu-isu alam sekitar. Masyarakat sepatutnya prihatin terhadap persoalan yang berkaitan alam sekitar dengan melaporkan kegiatan pembalakan haram kepada Jabatan Perhutanan sekiranya mengetahui ada pembalakan haram di kawasan hutan berhampiran."
****Penerangan anda mestilah mengukuhkan kata kunci atau berikan cara / kesan untuk mengukuhkan kata kunci.

Contoh 2
Soalan 1 nilai = 3 markah
"Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat ialah peka terhadap isu-isu alam sekitar.
masyarakat sepatutnya prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar
iaitu melaporkan kepada Jabatan Perhutanan sekiranya mengetahui kegiatan pembalakan haram agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan terhadap pembalak haram terbabit.
*****Penerangan anda mengukuhkan kata kunci dan penerangan anda dikukuhkan lagi dengan cara / kesan.

Cikgu doakan semoga semua pelajar cikgu dapat menjawab dengan baik & cemerlang. Kepada pelajar 5 UT & 5 ZR..., kamulah harapan keluarga kamu & jangan sia-siakan peluang diri sendiri.
Kepada Yu Ting, Soo Ling, Pei Yi, Jia Lin, Jia Yi..ingat semua pesan cikgu sebab kamulah harapan cikgu & sekolah...jangan takut, baca soalan & fikir betul-betul..bayangkan cikgu berada di sebelah kamu. Kalau salah, kamu kene hukum..

Untuk pelajar 5 MUSY yg dua orang lagi tu, pandai-pandailah kamu!!!

So GOOD LUCK!!! SELAMAT MENJAWAB DENGAN CEMERLANG

0 comments:

Dikuasakan oleh Blogger.