BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 19 Januari 2010

Seloka Jiwa

aduhai....

Keluh di hati telah mula berlagu sendu
menyesak dada dan fikiran pun terganggu
aku berharap agar semuanya cepat berlalu
sepantas waktu yang takkan akan menunggu
kerana aku tak sanggup terus diburu
rasa cemas yang melilit membelenggu
damailah hati, rianglah berlagu rindu.


Sungguh aku rasa terseksa
tidak kuluah kupendam saja
mohon padaNya
aku dapat melaksana.

Sungguh badanku berasa lemah
namun semangatku InsyaAllah takkan pernah goyah
pada kemampuan diri yang dianugerah
takkan kupersia segala amanah
takkan sekali kuanggap mudah
akan aku tunaikan walaupun susah
takkan sekali aku menyerah kalah
pada bisikan yang mahu aku mengalah
pada ketentuan yang masih boleh diubah.

Takkan kualpa segala janji
yang sewajibnya perlu ditepati
akan kutunai seperti dijanji
padaMu Tuhan...bantulah hambamu ini.

Tuhan...
turunkanlah rahmatMu
curahkanlah kasih sayangMu
kerana aku teramat perlu
seumur hidupku hingga matiku
berkatilah aku serta keluargaku
kumohon hidayat juga petunjukMu
agar aku tak tersasar di lorong waktu.

Kuatkanlah semangatku
tabahkanlah hatiku
tenteramkanlah jiwaku
damaikanlah fikiranku
agar aku dapat menuju
ke arahMu
ke sisiMu.

Jumaat, 15 Januari 2010

Celoteh Adam di malam hari...

Khamis, 14 Januari 2010

SELOKA AKU, SEKOLAH & RUMAH

Lama sudah tidak menitipkan cerita
tiada yang istimewa hanya biasa-biasa
melayari tahun 2010 perlukan banyak usaha
agar akhir nanti beroleh jaya
yang selalu diimpi harapnya tercipta.

Di gelanggang kerja beraksi gila-gila
merencana tindakan agar sempurna cita-cita
tugasan yang datang tak henti tiba
satu kusudahkan empat lima menanti pula
aku laksanakan sebaik terdaya.

Yang atas aku patuhi
segala arahan aku turuti
biar ada yang meracun itu ini
semua itu, aku buat tak peduli

Yang lain-lain aku hormati
ada juga yang aku sanjungi
yang baik aku perhati
dan aku contohi
yang kurang baik aku jauhi
janganlah mereka datang mendekati.

Bersama pelajar aku gembira
dapat berkongsi apa yang kuada
kucurah segala ilmu di dada
agar jadi insan berguna di hari muka

Janganlah mereka membuat aku murka
kerana aku tak pasti apa akan menimpa
hati manusia tak dapat diteka
fikiran manusia bukan mudah untuk dibaca
jadilah saja murid yang mendengar kata
jangan buat perkara tak tentu hala
ibu bapa tak marah, cikgu pun suka.

Kembali ke singgahsana akulah suri
mengurus rumah tangga agar sedikit berseri
nak menghias gila-gila, sungguh aku tak reti
mujur suamiku, orangnya sangat memahami.

Melayan putera yang bermacam ragam
hatiku tak sabar menahan geram
karenah manjanya marahku pun padam
memujuk mamanya...aduhai itulah Adam.

Dikuasakan oleh Blogger.