BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 26 Julai 2011

AWAS! SERANGAN ADWARE!!!

SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.Aktiviti tersebut semakin kerap dapat dilihat di laman-laman sosial sejajar dengan kenaikan kadar penembusan Internet terutama laman sosial di Malaysia.

kajian turut menemui kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat.Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet.Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.

Terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.

Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan.
Pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka.Tambahnya, link sebegitu tidak akan merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang lagi satu.

Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku. Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.

Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan.Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.

Pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah.Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul.

NO MORE FACEBOOK EVER!!!

Mulai tarikh 19 Julai 2011, sumpah!! aku takkan mengunjungi lagi laman sosial itu. Never ever!!! Serangan VIRUS yang dihantar oleh LAKNAT CELAKA JAHANAM telah membunuh komputer riba yang kumiliki hampir 5 tahun. Namun, kos membaik pulihnya langsung tak mahal hanya RM15 sahaja.Huhh...,makan kat Ichiban Ramen pun tak terbayar dengan jumlah itu. Hakkk tuihhh..Bagi sesiapa yang dah terkena, beri tahu saya agar dapat saya cadangkan kedai komputer mana yang patut anda rujuk & hantar komputer anda.

Oh ya, dengan RM15 itu juga, semua data asal di dalam c & D berjaya diselamatkan oleh technician hebat tu. Cuma suamiku mencadangkan agar mindwipe saja komputer lama itu. Sedih bercampur bengang yang amat!!Yang paling membuatkan aku begitu bengangapabila terpaksa mencari semula installer program-program yang aku gunakan, termasuklah installer printer. Tapi tu semua dah selesai sebab semuanya telah berjaya aku dapatkan.

Bagai telah tersurat seminggu sebelum insiden LAKNAT CELAKA JAHANAM itu, aku telahpun membeli sebuah komputer riba yang baru. Alhamdulillah, kerja aku masih boleh diteruskan macam tiada apa yang berlaku. Dan atas cadangan suami aku lagi, komputer yang lama aku diganti dengan hard drive yang baru. Tak mahal pun, RM 170 kalau tak silap. Yang ini, macam makan besar kat Manhattan Fish Market. Tak mengapalah, asalkan aku kini masih memiliki bukan 1 tapi 2 laptop dan kedua-duanya berada dalam keadaan tip top, excellent & marvellous!!

Dengan ini juga aku mengisytiharkan NO MORE FACEBOOK EVER!!!

Semuanya akan tersimpan di dalam hati atau terpapar di sini (Mana-mana yang boleh dikongsi)

Hingga ke catatan selanjutnya. (Jika ada)

Dikuasakan oleh Blogger.