BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Memaparkan catatan dengan label Tentang LK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tentang LK. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Mac 2012

PENCAPAIAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SMK UNDANG REMBAU

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. SPM 2011 diumumkan & Lukisan Kejuruteraan muncul sebagai mata pelajaran terbaik dalam sekolah dengan GPMP 2.40. Tahniah & syabas kepada semua pelajar-pelajar 5 Zuhrah atas kecemerlangan yang kalian serlahkan untuk subjek ini. Cikgu menumpang seadanya kejayaan yang kalian telah cipta. Terima kasih atas usaha yang telah dicurahkan untuk subjek ini. Sesungguhnya, Allah telah membalasnya dengan kejayaan yang manis sekali.

Berikut ialah rekod pencapaian LK di SMK Undang Rembau


Jumaat, 16 Mac 2012

UJIAN PENILAIAN 1 TAHUN 2012

Ujian Penilaian 1 bagi kertas Lukisan Kejuruteraan yang berlangsung pada 8 Mac 2012 telahpun dijawab. Ada yang menjawab dengan jayanya, ada juga yang jawab penuh dengan kegagalan.

Berikut ialah analisis pencapaian bagi pelajar tingkatan 5 Zuhrah.



Berikut pula ialah analisis pencapaian bagi pelajar tingkatan 4.

Sabtu, 27 Mac 2010

Seloka Duka SPM 2009

Lama tidak mencurah rasa
apa yang terbuku menyesak di dada
sengaja kuluah biar lega
walau hati dibelit kecewa.

Apa yang kunanti akhirnya tiba
keputusan spm menyeksa jiwa
dua orang gagal tak mungkin kulupa
selamanya kusimpan catatan duka

Tidak kumaafkan diri sendiri
tak mungkin juga maaf kuberi
semua yang berlaku sepatutnya dapat dihindari
andai kerjasama dan usaha sama-sama dipenuhi.

Kenangan manis bersama mereka
seakan terhapus begitu sahaja
catatan hitam membutakan minda
tak ingin kuingat segalanya sengsara.

Padamu Tuhan kupohon kekuatan agar dapat kuteruskan juang
padamkan ingatanku terhadap segala yang malang
berikan petunjuk dan panduan mengatasi segala halang
agar dapat kuraih semula gemilang.

Khamis, 25 Februari 2010

Debaran menanti keputusan SPM 2009

Degup jantung semakin kencang
menghitung minit, jam dan hari mendatang

Bila agaknya keputusan SPM akan diumumkan
tak sanggup aku hendak menantikan
menuai hasil mencipta lembaran
entahkan duka entah ria
mohon padaNya biarlah kejayaan
bukan kedukaan..

Di mata terbayang wajah keriangan
juga tangisan menghiasi pandangan
biarlah air mata bahagia yang mereka gugurkan
kerana aku juga ingin menumpahkan
nikmat mengecap manisnya kejayaan...

Khamis, 24 Disember 2009

Lukisan Kejuruteraan : Senang tapi mencabar

Syarat-syarat kelayakan untuk mengambil LK sebagai elektif di SMKUR

1. Sekurang-kurangnya B dalam Matematik & Sains (Kalau kurang daripada itu, anda akan mengalami kesukaran untuk mempelajari LK)
2. Minat (ingin belajar, bukan paksaan sesiapa atau sekadar mengikut kawan)
3. Rajin (sebab setiap kali sesi kelas LK, mesti ada rajah untuk dilukis)

Info tentang Lukisan Kejuruteraan
1. Dengan teori yang sedikit, pembelajaran LK menjadi sangat mudah.
2. Tiada nota untuk dibaca. Yang ada hanya teori & langkah pembinaan sesuatu rajah
3. Format kertas peperiksaan hanya ada 1 kertas sahaja dengan masa 2 jam 30 minit.
4. Ada kerja kursus yang perlu dilaksanakan dalam masa 1 thn

Peralatan melukis
1. Jangka lukis*
2. Set- square)*
3. t-Square*
4. Drawing board
5. Pensil 2H dan HB*
6. Pemadam*
7. Masking tape*
8. Ring File
9. Flexible curve / French Curve #
10. Circle template #

Semua peralatan yang bertanda * perlu dibawa ke kelas setiap kali waktu LK
Peralatan yang bertanda # hanya perlu dibawa apabila diberitahu oleh guru.

Pelajar perlu membeli sendiri semua peralatan melukis. Berikut ialah senarai peralatan yang WAJIB ada untuk topik awal pembelajaran bersama anggaran harganya:
1. Drawing set (jangka lukis - jenama Maped) RM 29.00
2. Set-square RM 8.00
3. T-square RM 8.00
4. Drawing board saiz A2 RM 10.00
5. Pensil 2H & HB (jenama Faber-Castell) RM 1.50 tiap satu
6. Masking tape
7. Ring File 3"
8. Pemadam RM 1.00

Sekiranya anda sanggup untuk membuat pelaburan untuk membeli peralatan tersebut, anda dipersilakan untuk melangkah masuk ke Studio LK di SMKUR.

oh ya...jangan lupa tinggalkan nama anda pada kotak 'Just say it' itu ok..

Dikuasakan oleh Blogger.