Khamis, 16 September 2010
Sabtu, 4 September 2010
Kicap yang kukecapi
Gambar ehsan dari laman blog Sastera
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam.
9 bulan telah berlalu
dan September 2010 begitu membahagiakan aku
berkat Ramadan yang kudus
karyaku tersiar di Dewan Siswa.
Terima kasih kepada Sifu Azmah Nordin
yang sudi membimbing
tak lupa cikgu Abdul Razak
yang tak putus-putus memberi semangat
agar aku terus gigih berkarya.
Kicap yang kukecapi...
Emmm....setiap hari ada
untuk aku & keluarga kecapi..
Posted by Julaiha at 2:04 PTG 0 comments
Labels: Tentang Kejayaan
Rabu, 18 Ogos 2010
Hanya menjalankan tugas
Aku ini hanya menjalankan tugas
yang berat kujunjung
yang ringan kujinjing
tidak sekali aku berpaling
kugalas akur di pundak.
Tugas itu adalah amanah
yang tak mungkin aku ingkari
kerana itu bukan prinsip diri.
Tugas itu satu kepercayaan
yang tak mungkin aku dustai
kerana tak sanggup bergelar munafik.
Tugas itu satu ibadat
bekalan dunia bawa ke akhirat
moga aku sejahtera kelak.
Tak mampu aku berkata tidak
Tak sanggup aku untuk menolak
biar susah biar payah
akan kulaksana segala yang diperintah
mohon padaNya dipermudah segalanya.
Posted by Julaiha at 6:22 PTG 1 comments
Labels: Tentang Aku, Tentang Kejayaan
Sabtu, 10 Julai 2010
Foto-foto sambutan hari lahir ke-30 bersama pelajar









Kepada pelajar moral tingkatan 3 dan 5, maaf tiada koleksi gambar kalian. Telefon kamera cikgu tak canggih. Jadi gambarnya pun tak elok. Yang ada di atas cuma gambar dari kamera pelajar LK tingkatan 4 dan 5. Apa pun, terima kasih untuk semua yang mengingati...
Posted by Julaiha at 4:04 PTG 1 comments
Labels: Tentang Aku
Kedewasaan 30 dalam kenangan




25 Jun 2010 sudah berlalu.
Terima kasih kepada semua anak murid yang mengingati tarikh lahir cikgu ke dunia. Rasa bahagia sangat menjadi guru kepada kalian semua biar kadang-kadang ada juga masa-masa hati ini sakit bagai ditusuk sembilu. Ternyata kalian ini memang pandai mengambil hati.
Banyak perkara yang buat cikgu kagum tentang kalian semua.
1) Walaupun kalian berlainan kaum dan ada kalanya bercekau sana sini, gaduh sana sini, perang mulut sana sini, tapi pada hari lahir cikgu dapat pula menyatukan kalian. Dua biji kek yang sedap dari pelajar moral tingkatan 3
2) Walaupun kalian sering kena dera dalam kelas cikgu, kalian tetap juga sudi meraikan hari lahir cikgu. Kek Secret Recipe besar kalian beri cikgu potong dan kongsi sama-sama. Sedap & menyelerakan kek dari pelajar LK 4 zuhrah.
3) Walaupun kalian berbeza kaum, perangai dan pencapaian, tapi kalian dengan sebulat hati meraikan hari lahir cikgu. 5 tahun belajar moral dengan cikgu, harapnya dapat menjadikan kalian rakyat Malaysia yang berguna.
4) Walaupun kalian sering kena kutuk tapi kalian masih juga sudi meraikan hari lahir cikgu biarpun lewat beberapa hari. Kek besar yang cantik tu, tetap akan jadi kenang-kenangan antara cikgu dengan pelajar Lk 5 Zuhrah.
Bertuah sungguh cikgu pada kedewasaan 30 ini. Terasa diriku begitu berharga!!
Posted by Julaiha at 3:06 PTG 0 comments
Labels: Tentang Aku

