Akhirnya... Setelah 5 tahun 15 hari hidup di muka bumi,tanggal 13 Dis 2011 Adam berjaya makan sebiji pisang 40 hari yang ditanam oleh nenek dan ditebang oleh atuknya.
Ini satu sejarah baru dalam hidup Adam. Tahniah Adam. Anak mama yang hebat!
Rabu, 14 Disember 2011
Kali Pertama Makan Pisang
Posted by Julaiha at 11:26 PG 0 comments
Selasa, 6 Disember 2011
ZIKIR MENGAKTIFKAN SARAF OTAK
Zikir dari istilah syaraknya bermaksud perbuatan mengingati Allah SWT dengan menyebut namanya, beristighfar, bertahmid, bertasbih atau bertakbir. Apabila kita berzikir, kita akan mengulangi perkataan yang sama berulang-ulangkali dan ini akan mengaktifkan saraf otak, meningkatkan kecergasannya dan sudah tentu menambah kemampuannya untuk memproses sesuatu maklumat.
Dalam satu kajian saintifik yang dijalankan oleh Universiti Washington terhadap sekumpulan sukarelawan, koresponden dikehendaki membaca senarai perkataan dan mengaitkannya dengan kata kerja yang berkaita. Hasil ujian imbasan PET mendapati bahawa beberapa bahagian berbeza otak mempamer peningkatan aktiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks apabila koresponden kajian ini melakukan tugasan mereka.
Zikirlah setiap kali kita mengingati-Nya, seberapa banyak yang termampu, selama mana yang kita mahu. Biarlah lidah kita basah dengan zikir kepada-Nya atau biarkan hati kita berzikir semahunya sama ada secara sedar atau luar sedar, dalam tidur mahupun dalam mimpi. Seandainya amalan zikir ini dipraktikan dalam kehidupan muslimin muslimat, sudah tentu individu berkenaan malu untuk melakukan kemaksiatan seterusnya terhindar dari melakukan kejahilan.
Bagi individu bergelar pelajar, sekiranya amalan zikir ini dipraktikkan ketika sedang belajar bayangkanlah kehebatan yang mampu dilakukan oleh otaknya. Dalam hatinya berzikir, dalam mindanya berfikir. Ganjaran pahala sedia tercatat dan saraf-saraf pada otaknya juga sudah tentu aktif bekerja. Semoga dengan zikir, hati dan minda kita lebih dekat dengan-Nya. Insyaallah
Posted by Julaiha at 10:07 PTG 0 comments
Ahad, 27 November 2011
Ensiklopedia Solat

“Ensiklopedia Solat : Kombinasi Fakta Hukum & Sains” merangkumi ilmu fiqah, falsafah, sejarah & saintifik.
Cetakan Telaga Biru, dengan Team Penulis; Rohidzir Rais, Fuad Ismail & Hj Mohamad Wahid Abd Hanif buku ini sewajarnya berada di setiap rumah muslim.
Judul, reka bentuk kulit, reka letak, ilustrasi, fotografi; berjaya mempromosi buku ini tanpa perlu ada seorang jurujual pun.
Naskah inilah yang menggamit pandangan mataku setiap kali melintasi kedai buku di Tesco Seremban 2. Hanya membayar RM85 senaskah, ianya sah menjadi milikku. Mutlak. Tapi aku fikir, naskah ini sewajibnya menjadi koleksi peribadi setiap muslim.
Sasaran seterusnya, tafsir ibn Kathir. Insyaallah.
Posted by Julaiha at 6:28 PTG 0 comments
Rabu, 26 Oktober 2011
Doa Robitah
Ya Allah
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana kasihkanMu
bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwah-Mu
hati-hati ini telah berjanji setia
mendaulat dan mendokong syariatMu
maka eratkanlah akan ikatannya
kekalkan kemesraan hati ini
tunjukkan ia jalan yang sebenar
limpah dengan cahaya dengan banimu
yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman.
Posted by Julaiha at 12:41 PTG 0 comments


