BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sabtu, 10 Julai 2010

Kedewasaan 30 dalam kenangan





25 Jun 2010 sudah berlalu.

Terima kasih kepada semua anak murid yang mengingati tarikh lahir cikgu ke dunia. Rasa bahagia sangat menjadi guru kepada kalian semua biar kadang-kadang ada juga masa-masa hati ini sakit bagai ditusuk sembilu. Ternyata kalian ini memang pandai mengambil hati.

Banyak perkara yang buat cikgu kagum tentang kalian semua.
1) Walaupun kalian berlainan kaum dan ada kalanya bercekau sana sini, gaduh sana sini, perang mulut sana sini, tapi pada hari lahir cikgu dapat pula menyatukan kalian. Dua biji kek yang sedap dari pelajar moral tingkatan 3

2) Walaupun kalian sering kena dera dalam kelas cikgu, kalian tetap juga sudi meraikan hari lahir cikgu. Kek Secret Recipe besar kalian beri cikgu potong dan kongsi sama-sama. Sedap & menyelerakan kek dari pelajar LK 4 zuhrah.

3) Walaupun kalian berbeza kaum, perangai dan pencapaian, tapi kalian dengan sebulat hati meraikan hari lahir cikgu. 5 tahun belajar moral dengan cikgu, harapnya dapat menjadikan kalian rakyat Malaysia yang berguna.

4) Walaupun kalian sering kena kutuk tapi kalian masih juga sudi meraikan hari lahir cikgu biarpun lewat beberapa hari. Kek besar yang cantik tu, tetap akan jadi kenang-kenangan antara cikgu dengan pelajar Lk 5 Zuhrah.

Bertuah sungguh cikgu pada kedewasaan 30 ini. Terasa diriku begitu berharga!!

Jumaat, 25 Jun 2010

Rahsia-Tarikh-lahir.com

Menjengah blog Hadijah. Ada pulak rahsia tarikh lahir. Aku pun try la & kemudian buat analisis sendiri.

Berikut ialah analisis tarikh lahir aku 25 JUN 1980

NO. PERIBADI : 4 (Belum ada apa2 yg signifikannya antara aku dgn no 4 ni)
ELEMEN : Kayu (Apa sifat kayu? banyak. jenis yang mana pula nak aku kaitkan.
CIRI UTAMA : Rancang (Perancang? Mana ada, aku main belasah je)
SINOPSIS : Disukai kerana kemahiran dan perancangan (ni kene tanya orang),namun kemahiran perhubungan sempit (ini TEPAT SEKALI)
TAFSIRAN UMUM : Kemahiran tinggi (xde la tinggi mana), bijak (biasa je),tidak mudah putus asa (ni MEMANG BETUL!!!), sukar simpan wang (INI TEPAT SEKALI!!!), perhubungan mudah putus (YA BETUL!)
WARNA SESUAI : Hijau (MEMANG SUKEEE SGT WARNA HIJAU)
STATUS BMI : 27 => Overweight (YA BETUL!! SIAP REKMEN LAGI CARA NAK TURUNKAN BERAT)Senaman secara berjalan-laju selama 30 minit, 3 hari seminggu di samping mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan anda kepada berat yang ideal.
PENYAKIT UMUM : (ALAMAK!!! YANG NI KENE JAGA2) Struktur tulang, kawasan hati, mata, masalah tendon, kekejangan otot, masalah kulit.

Berikut pula adalah perincian analisis peribadi.
(yang mana bertanda x itu maksudnya aku tak setuju, tanda / = aku setuju, tanda ? = aku x pasti)

Seseorang yang sentiasa merancang (X)tetapi selalunya tidak membawa ke mana-mana (X), bijak (?), manja (/). Seseorang yang strategik yang sentiasa merancang untuk kejayaan (?). Perancang yang sibuk (/), sentiasa berada dalam tertekan (/). Perancang yang cepat (/) dan mampu menyiapkan kerja dalam jangkamasa yang singkat (/), ringan tulang (/).

Mudah belanja orang (X), mudah kasihan orang (X). Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat (X). Suka bergerak sana sini (X), tidak suka duduk satu tempat (X). Sangat berdikari (/), tidak suka orang lain camputangan urusannya (/). Sukar percaya orang lain (/), sukar ada rakan niaga (/), mudah disabotaj (?). Rasa kesunyian (X) dan sendirian (X). Sesuai menjadi agen/middleman (X). Berakademik (/), kurus (X) dan citarasa makanan yang tinggi (X). Banyak idea (X), tercari-cari kekayaan/kejayaan (/), mudah bosan (X) dan terlalu suka berangan (X). Bakat pada suara (?), boleh bercakap dengan laju (/), spontan (X) dan berhujah (X). Cakap lepas dan pedas (/). Sesuai menjadi guru (/), pensyarah (/), penceramah (/), ahli politik (/), pemasaran (X), penyanyi (?).

Analisis yang aku buat sendiri = 17 SETUJU (X),18 TAK SETUJU (X), 4 TAK PASTI (?)
Bila diperatuskan = KETEPATANNYA HANYA 43.5 % JE..

Ahad, 2 Mei 2010

SELOKA AIR MATA

30 April 2010 tarikh yang pasti akan kulupa akhirnya
cerita yang berlaku adalah sejarah air mata
yang ditumpahkan oleh pelajar lelaki
bukan sekali, tapi berkali-kali.

Bukan bermaksud hendak menyakitkan hati
cuma berniat nak perbetulkan diri
kenapa dirinya begitu berani
masuk ke kelas tanpa janji ditepati.

10 kutanya sifar jawapannya
20 kusoal sepatah jawabnya
sukar benar engkau nak berkata
biar kuberi peluang untuk kau luahkannya.

Pabila kutanya tentang ayahnya
lancar saja mulutnya berkata
kutanya lagi tentang ibunya
mulutnya berkata dan matanya pula berkaca
kubiarkan seketika akhirnya tumpah jua air matanya.

Entah apa yang begitu disedihkan
kutanya masalah di rumahlkah, dia menafikan
kuminta nombor untuk kuhubungi
dia menidakkan, tiada untuk diberi
kumohon alamat, semakin pilu hati..
air matanya tidak tertahan lagi.

Sudahlah anak, sudahlah adik
bukan air mata yang patut kau tumpahkan
tapi keringat dan juga komitmen
agar kau berjaya satu masa nanti
dan kau kan terkenang
siapa aku di hatimu.

Jangan kau benci akan diriku
kerana itu mengurang berkat ilmu
jagalah diri tingkatkan motivasi
kau berusaha, kejayaan milikmu pasti.

Seloka kugubah untuk muhasabah diri
kejam sangatkah aku dalam meladeni
sikap malas dan alasan tak tahu yang kau beri
hingga kumuak, tak tertangguh lagi.

Allah dah pilih kau ke jalan ini
Allah dah pilih kau yang patut di sini
jangan kau menolak takdir Ilahi
pertemuan 8 mata jumaat pagi
satu petunjuk untuk kau dan aku insafi
mana yang salah kita perbetul diri
agar tak kecundang di kemudian hari
agar tiada yang menyesal menangisi.

Sabtu, 27 Mac 2010

Seloka Duka SPM 2009

Lama tidak mencurah rasa
apa yang terbuku menyesak di dada
sengaja kuluah biar lega
walau hati dibelit kecewa.

Apa yang kunanti akhirnya tiba
keputusan spm menyeksa jiwa
dua orang gagal tak mungkin kulupa
selamanya kusimpan catatan duka

Tidak kumaafkan diri sendiri
tak mungkin juga maaf kuberi
semua yang berlaku sepatutnya dapat dihindari
andai kerjasama dan usaha sama-sama dipenuhi.

Kenangan manis bersama mereka
seakan terhapus begitu sahaja
catatan hitam membutakan minda
tak ingin kuingat segalanya sengsara.

Padamu Tuhan kupohon kekuatan agar dapat kuteruskan juang
padamkan ingatanku terhadap segala yang malang
berikan petunjuk dan panduan mengatasi segala halang
agar dapat kuraih semula gemilang.

Ahad, 7 Mac 2010

Pembakar semangat untuk terus cemerlang

"Guru tingkat pencapaian sekolah turut diberi insentif" - Keratan berita Utusan Malaysia Online

TANJUNG MALIM 6 Mac – Semua pengetua, guru besar dan guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa akan diberi pelbagai insentif termasuk kenaikan pangkat mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.

Beliau berkata, maklumat terperinci berhubung pelaksanaan insentif baru menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah itu akan diumumkan pada 16 Mei ini.

“Kalau mereka menunjukkan kecemerlangan tak kira di bandar atau luar bandar, ikut ukuran apa yang kita sebut kumpulan-kumpulan tertentu.

“Tetapi kalau meningkat sedikit pun (cemerlang) kita akan bagi juga imbuhan kepada guru besar, pengetua dan guru-guru di sekolah itu.

“Maknanya, bukan hanya bagi pengetua atau guru besar tetapi kepada semuanya, kerana kita iktiraf peranan itu bukan hanya dimainkan oleh seorang pemimpin dalam sekolah, sebaliknya semua guru mesti bekerja sama. Kalau (sekolah) meningkat, semua dapat kredit,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak di Slim River dekat sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri Perak.

Muhyiddin berkata, pemberian insentif tersebut adalah sebagai galakan kepada pihak sekolah tanpa mengira sama ada ia sekolah bandar atau luar bandar untuk bekerjasama dalam mencapai kecemerlangan.

“Kita boleh melihat kalau di sekolah itu ada kepimpinan yang baik, walaupun tidak mendapat peruntukan tetapi mampu meningkatkan pencapaian, maka ia akan diberi penilaian dan akan diiktiraf,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan memberi geran pelancaran kepada pihak swasta yang membuka kelas-kelas prasekolah di negara ini.

Langkah tersebut, katanya, bagi menjayakan matlamat memastikan 87 peratus kanak-kanak yang akan memasuki alam persekolahan dalam tempoh tiga tahun lagi mempunyai pendidikan asas.

Selain itu, jelas beliau, kementerian juga akan menampung kos melatih guru-guru yang ditempatkan di prasekolah terbabit.

Terdahulu, dalam pertemuannya dengan warga pendidik di Politeknik Sultan Azlan Shah (Polisas) Behrang, Muhyiddin mahu guru-guru berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.

Beliau berkata, langkah kementerian memperkenalkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sebagai persediaan untuk melonjakkan lagi bidang pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita minta guru-guru bersama-sama membantu mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang disasarkan kerana kita tidak mahu juara kampung tetapi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kalau guru-guru bersemangat meningkatkan pencapaian murid-murid dan para pelajar, langkah-langkah ini akan diiktiraf oleh pihak kementerian dan juga layak untuk mendapat imbuhan insentif tahun depan,” katanya.

Dikuasakan oleh Blogger.